Thursday 8 December 2011

****MENANGIS****

Bertemankan sebatang lilin
dia menyusuri kegelapan malam
yang menguasai mimpi
membawanya jauh ke alam nyata
mencari rahsia suka dan duka

Di kamar sepi dia menangis
bukan kerana cinta dunia
atau mengharap simpati sesiapa
tangisnya bersama doa
mengenangkan dosa-dosa
mengharapkan keampunan dariNya

Air matanya sesuci embun pagi
redha dan pasrah menyerahkan diri
mengharapkan cinta dari Ilahi
semoga hidupnya diberkati

No comments:

Post a Comment