Thursday 15 December 2011

~IMPIAN~

Kutinggalkan jejak semalam,
Bersama kenangan yang bersisa,
Untuk melangkah ke hadapan,
Membina kembali kekuatan,
Menuju destinasi impian.

Aku mungkin terlalu setia,
Pada cinta yang sia-sia,
Hanya aku yang beralah pada masa,
Sedangkan masa tidak pernah berhenti berputar,
Walau seketika.

Kuperlu persiapkan diri,
Menempuh hidup ini,
Walaupun jalannya penuh onak dan duri,
Ku pasti tidak akan sendiri,
Kerana dia sentiasa menemani,
Dikala suka dan duka diri ini.

Mayang Sari

No comments:

Post a Comment