Thursday, 15 December 2011

****INSAF****

Ya Allah Ya TuhanKu
aku bersujud di hadapanMu
menyerah dengan pasrah
diri, hati, akal dan fikiran
tunduk tawaduk pada keagunganMu

Di rumah suciMu
aku berdiri teguh dan yakin
menebarkan rindu nan syahdu
di hamparan nasuha kalbu
terpendam dalam seruMu
pancaran Nur menerangi hati
berkilau cermin Mukmin sejati

Wahai TuhanKu
aku tidak layak ke syurga FirdausMu
aku juga tidak mampu menghadapi
azab nerakaMu
maka kurniakan kepadaku
taubat dan ampunilah dosa-dosaku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun

Di sisiMu
lidahku bertahmid dan berzikir
doa munajat
terukir ketenangan diri
bersujud dan bertafakur
pada hati dan jiwa yang merintih
memohon keampunanMu

Liz~~~~Perak 14/12/2011

No comments:

Post a Comment