Monday 12 December 2011

" KAIFIAT SOLAT GERHANA BULAN ”

Lafaz Niat Solat gerhana Bulan

“ Usolli Sunnatal husufi Rakataini imaman / ma'muman lillahi taala

Lafaz Niat Solat gerhana Matahari

“ Usolli Sunnatal Kusufi Rakataini imaman / ma'muman lillahi taala

Sahaja aku solat sunat gerhana bulan / matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

a) Rakaat pertama.

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau
mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau
mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Selepas solat sunat dibaca khutbah :

Khutbah kerana gerhana ini dilakukan dua kali dengan mengikut rukunrukunnya

seperti yang terdapat dalam Khutbah Jumaat. Khutbah gerhana tidak
dikehendaki bertakbir seperti khutbah hari raya, walau bagaimana pun dua
khutbah bukanlah menjadi syarat bagi sah Solat Gerhana.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment