Mereka menggeleng dan kata aku bodoh
hanya kerana kutak bisa menepis duka
hanya kerana kutak bisa melawan duga.
dan..
hanya kerana kutak bisa berpura ketika kecewa.
Mereka tersenyum sinis dan ketawa
sambil berkata...
aku bodoh.
Kerana mempertahankan cinta walaupun berulang kali aku diluka.
Walaupun acap kali aku terseksa.
Dan..
walaupun kutahu, aku selalu didusta.
Mereka berpaling, enggan menyapa lalu berkata..
Aku bodoh..
semuanya kerana aku terlalu setia
semuanya kerana aku mahu terus setia
dan..
semuanya kerana aku ingin menjadi yang paling setia.
Namun tiada seorang pun mahu berkata aku bijak kerana bertahan di sini
sekalipun aku sering jatuh dan bangun sendiri.
Tiada seorang pun yang mahu berkata aku pandai kerana mampu memanjat cita
untuk terus menjadi sang pencinta yang setia.
Tiada seorang pun yang ingin berkata aku sangat cerdik kerana memilih jalan berliku
untuk mencapai sesuatu yang amat sukar ditemu.
Mustahil bagi aku untuk menjadi bijak, cerdik, pandai dan pintar..
kerana aku memang sudah dikatakan bodoh..
demi kasihku kepadanya...
HasmaMaymeng-19/12/11-Selayang Baru, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment