Thursday, 15 December 2011

~PERMINTAAN HATI~

Acapkali hati meminta
Sesuatu yang di luar duga
Adakala tidak terjangka
Ingin membina istana
Tersergam indah bak mahkota
Lengkap dengan singgahsana
Buat kita berdua

Seringkali aku ingin mencipta bahagia
Denganmu walau di mana juga
Membina mahkota kita
Lengkap dengan putera puterinya
Penyeri hingga ke hujung usia

Acapkali juga
Kita terluka
Dengan apa yang kita cipta
Bahkan alpa
Bila derita menjenguk cuma

Mungkinkah akan terjadi
Impian menjadi nyata
Bagaimana pula
Jika tidak terlaksana
Adakah akan menjelma sengketa

Sukarnya memenuhi
Permintaan hati sendiri.....

Mayang Sari

No comments:

Post a Comment