Sakit gigi memang menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan
untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air
suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa
sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga
lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing
buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi
yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam
lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah
pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik
kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga
lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang
gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
No comments:
Post a Comment