Terdapat beberapa sebab berlakunya
keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan.
Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal
atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan
anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan
keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang
menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum
adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan
ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan
mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan
anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil
banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara
untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2.
Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri
yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih
banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah
tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang
untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4.
Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana
perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk
menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat
yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain
selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2,
air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana
apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini
sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh
terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda
boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7.
Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan sapu di kedua
belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium
bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan
tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang
telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -
Portal herba melur.com
* Kacang Tanah
Kacang
tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang
tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia
juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu
badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang
dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang
tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan kering
biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam
longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga
kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan
dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat
beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat
menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati
di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,
kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai
mengambilnya dengan tidak memudaratkan apendiks ialah dengan merendamkan
sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum
airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk
tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga
melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam
perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india.
Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air
susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal
sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum
menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu
pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat
daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus
untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop
lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat
sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium,
folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak
perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih
dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar
beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh
melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka
dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda.
Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan
sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap
hari sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung
pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan
susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan
dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak
lemak cili api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu
menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid
(CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam
susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan
kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat
badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang
didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu
yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid
lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA
dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu
memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara
semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak
sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang
makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan
kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
* Kurma
Unsur zat besi
dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil
kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang
disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak
tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
No comments:
Post a Comment