Friday, 9 December 2011

****SUARA****

Dari jauh kelihatan berbalam
hilangnya mega merah di ufuk timur
menyusur kehilangan mentari petang
menyambut kehadiran malam

Dari jauh kedengaran laungan azan
memanggil kaum muslimin
untuk segera menunaikan solat
saf-saf indah rapi tersusun
untuk berjemaah bersama

Terdengar imam melagukan penuh
khusyuk
surah Al-Fatihah mukjizat teragung
maghrib indah penuh hikmah
membentuk keinsanan seorang hamba
yang takwa

Tanpaku sedar....
kuperolehi hidayah dariNya
meresaplah ke dalam dada
dan jiwa
cahaya kebenaran
hatiku dipeluk terharu
untuk menghambakan diri
kepadaNya

Bergegarlah istana syaitan mungkar
lenyaplah nafsu membawa kesesatan
mendengar lidah mula mengucap
kalimah...
dua kalimah syahadah

liz perak 8/12/2011

No comments:

Post a Comment