Thursday 15 December 2011

~TIPS KESAN KECURANGAN PASANGAN~

Tidak semua pasangan yang setia di dunia ini dan tidak semua juga pasangan yang curang kepada pasangannya. Bertuah jika seseorang itu mendapat pasangan yang setia, jujur dan penyayang hingga ke akhir hayatnya. Walaubagaimanapun seseorang itu boleh memerhatikan daripada awal lagi bahawa pasangannya curang atau tidak. Jadi untuk memastikan pasangan anda curang atau tidak pastikan situasi di bawah. Sekiranya pasangan sering begini, besar kemungkinan dia curang terhadap anda. Semua situasi di bawah tidak berlaku sewaktu anda mula mengenalinya.

-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.

-Si dia asyik resah melihat jam tangan setiap kali bersama anda.

-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.

-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya.

-Tidak lagi rajin menelefon anda seperti sebelumnya.

-Berubah sikap dengan ketara, jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar.

-Asyik lewat ketika temujanji dengan anda.

-Menerima panggilan telefon secara rahsia ketika sedang makan-makan bersama anda.

-Kerap memberi alasan sibuk dan penat apabila anda ajak berjalan.

-Sering tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain.

-Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika anda dan dia berjauhan.

-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya.

-Marah apabila anda bertanya aktivitinya.

Mayang Sari

No comments:

Post a Comment