10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan
1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau
tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun
anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda
bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus
hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya
lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat
memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak
muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang
selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana
sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang
lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk
mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda
dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih
hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai
ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5.
Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa
yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan
dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya
anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil
juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri
sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak
wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia
tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua
perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7.
Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini
tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan
bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu
yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki
jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki
yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi
lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat
cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung
dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita.
Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda
mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?
No comments:
Post a Comment