Saturday, 8 October 2011

PETUA HILANGKAN JERAGAT DI MUKA

Kehadiran jeragat pada kulit wajah kita memang menimbulkan sedikit ketidak selesaan. Apalagi buat mereka yang menitik beratkan penampilan luaran dan dalaman. Jeragat biasanya tumbuh pada lelaki atau wanita yang berusia 40-an tetapi dengan keadaan cuaca sekarang ramai yang menghadapi masalah jeragat walaupun  baru berusia 20-an.

Untuk mengatasi masalah jeragat anda boleh mencuba tips-tips di bawah :

1.)  Campurkan 1 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit susu tepung. Kemudian sapu ke muka. Ianya dapat menghilangkan parut jerawat, jeragat dan juga kulit wajah yang kusam.

2.) Campurkan oat, susu tepung, gula perang ( semuanya sama bahagian ) Blender sedikit ( jangan terlalu lumat ) Sapu pada muka lebih kurang 10 minit kemudian basuh. Lakukan 3 kali seminggu.

3.) Campurkan lemon dengan daun kemangi ( basil ) yang di tumbuk terlebih dahulu. Sapu pada muka. Tunggu lah sehingga kering baru basuh.

4.) Ambil almond/badam, rendam semalaman. Kemudian blender dan campurkan dengan sedikit susu tepung. Jadikan scrub muka. Sapu pada muka sekejap kemudian basuh.

5.) Ambil 2 sudu jintan hitam, rebus sampai mendidih. Setelah sejuk guna lah air rebusan itu untuk membasuh muka. Ianya dapat menghilangkan bintik hitam dan wajah akan cantik berseri kalau rajin mengamalkannya.

6.) Ambil cuka, campurkan dengan sedikit air.Sapu ke muka, tunggu sehingga kering. Kalau rajin mengamalkannya akan dapat memudarkan jeragat.

7.) Ambil kulit oren. Blender kering dan campurkan dengan sedikit air. Gosok pada muka. Biarkan sekejap kemudian basuh.

8.) Ambil sepotong pisang dan sepotong jambu batu kemudian blender. Belnder sampai hancur. Campurkan dengan sedikit susu tepung. Sapukan rata ke muka. Tunggu sehingga kering kemudian baru basuh.

9.) Ambil limau nipis. Potongkan nipis-nipis kemudian sapu pada muka setiap malam sebelum tidur. Tunggu sekejap kemudian barulah basuh.

Semua cara di atas dapat menghilangkan jeragat. Pilihlah mana yang anda rasa sesuai dan rutinlah mengamalkannya setiap hari..InsyaALLAH berkesan. Jangan lupa menggunakan pelindung cahaya matahari ( sun block ) setiap kali sebelum keluar rumah.Ini adalah untuk mengelakkan jeragat anda menjadi semakin teruk.

Elakkan minum kopi, teh, coklat, aiskrim, garam masala ( bukan tak boleh langsung tapi jangan terlalu banyak )

Jangan menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia.


Tambahkan Vitamin A, C dan E dalam diet anda utuk mencantikkan kulit dan menjamin kesihatan organ-organ penting anda. Juga boleh ambil supplement seperti collagen.



Cocoa Collagen With Honey Drink

membantu menyelesaikan semua masalah kulit wajah anda juga untuk kesihatan dalaman

No comments:

Post a Comment