MASALAH ANAK SUKAR MAKAN
Kanak – kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat
yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak – kanak yang sihat biasanya
aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran (
growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan
pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak – kanak itu tidak menunjukkan
apa – apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak – kanak itu
sihat dan tidak memerlukan apa – apa ujian yang terperinci atau rawatan
yang spesifik.
Kebanyakkan kanak – kanak yang datang ke klinik
kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini.
Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak – anak mereka tidak menghidap apa
– apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara ‘parenting ‘ yang
digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak – kanak memakan
makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak – anak mereka makan.
Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak – kanak yang
datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan
yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda – tanda seperti demam ,
timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang
tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing
dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang
terperinci seperti ujian – ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk
mengenal pasti penyakit – penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak –
kanak itu.
Kanak – kanak yang dikatakan kurang makan perlu
dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di
awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah
tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak – anak mereka di
rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak –
anak mereka.
Ramai pula ibu bapa yang memberi anak – anak
mereka vitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya vitamin ini tidaklah
perlu kecuali jika ada tanda – tanda yang anak itu kekurangan vitamin.
Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi “appetizers ” seperti
Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera
didalam hypothalamus di dalam otak kanak – kanak menyebabkan kanak –
kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi
lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar
– pakar kanak – kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini
digunakan kerana kebanyakan kanak – kanak yang sihat yang dikatakan
kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa – apa rawatan
khas.
Cunba gantikan nasi dengan makanan lain seperti pasta @ makaroni contohnya dibuat sup + ayam dan sayur.
No comments:
Post a Comment