kau berikan ku luka
hari ini ku cuci luka di hati
luka yang telah kau berikan semalam
bersama sebuah memori duka
walaupun ku sudi menerima
saat suka dan duka untuk bersama
tetapi mengapa tidak kau yakini
malah tidak juga kau fahami
dan hati ini masih berbalut pedih
seperti yang kau mahu
menbuang aku terus dari hatimu
seperti yang aku tahu
cinta bukan lagi ada untuk ku
usah lagi bertanya kepedihanku
usah di lihat bertapa dalamnya luka
pergi lah andai itu yang kau mahu
pergi lah setelah apa yang terjadi
ku tak akan menangis menyesali
ku tak akan kecewa bila di dustai
kerana ku yakin pada ketentuan illahi
cinta illahi sentiasa menemani......
Lukisan Hati,
Isabella ali oct'2011
No comments:
Post a Comment