Wednesday, 19 October 2011

Santau, sihir, ilmu hitam, rasuk, gangguan makhlus halus...

*Dalam masyarakat Melayu sering disebut orang perkataan santau.

Apa itu santau?

Wujudkah santau dalam alam nyata?

Benarkah ada orang boleh buat santau untuk dijual dan dikenakan kepada
orang lain?
-----------------------------------------------------------------------------------------------

>>>Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara.

Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud. Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit..

*Contohnya batuk berpanjangan berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.

*Sakit tubuh badan tanpa sebab, bila dibawa ke hospital, doktor tidak pastikan punca & penyakit apa yang dialaminya... Selalu berlaku selepas subuh & ketika hendak tiba waktu Maghrib, juga di tengah malam sebelum subuh..

*dan banyak lagi cont0h, mudah kata, penyakit kita alami yang tidak diketahui oleh d0ktor... Tetapi, semua ini memerlukan pemeriksaan yang teliti dahulu..

Andai tidak juga sembuh setelah dirawat atau diperiksa oleh doktor, maka boleh cuba jalan/ alternatif lain iaitu cara perubatan Islam, bukan jumpa b0m0h!

>>>carilah & jumpalah mereka yang benar2 menjalankan perubatan Islam,
carilah orang yang benar... InsyaALLAH ^______^

No comments:

Post a Comment