TIPS BERHENTI MEROKOK
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali
ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru,
penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan
kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
MENGAPA HARUS BERHENTI MEROKOK??
Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:
• Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
• Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
• Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
• Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
• Mendapat asma.
APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK??
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan
kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti
merokok ialah:
• Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati
lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh
hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
• Mengelakkan dari
bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia
dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
• Mencegah penyakit -
Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru,
sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di
bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya
akibat tabiat merokok.
• Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang
tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit
pernafasan berbanding dengan perokok.
• Mencegah daripada
mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia
memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok
tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit
berkaitan dengan pernafasan.
• Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
• Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
• Meningkatkan deria bau dan rasa.
• Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
• Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
• Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda
melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun
simpanan anda).
• Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
• Meningkatkan kesuburan.
• Meningkatkan tahap 'kelakian'.
BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?
Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
• Tetapkan tarikh untuk berhenti.
• Yakin diri.
• Buatkan nota peringatan.
• Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
• Sentiasa berfikiran positif.
• Dapatkan sokongan.
• Gunakan terapi penganti nikotin.
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti
melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan
dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk
merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak
suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman
ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok.
Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain
muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan
sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
No comments:
Post a Comment