BERBAIK SANGKA
~ Sekadar Renungan Bersama ~
MANUSIA HARI INI SUKA BERSANGKA-SANGKA ADA YANG BERSANGKA BAIK......... ADA YANG BERSANGKAAN BURUK......
orang beribadah disangka riak
orang yang relex disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
orang makan banyak disangka perlahap
orang makan sikit di sangka kedekut
orang buat baik disangka buruk
orang buat buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka sombong
orang menawan disangka pakai susuk orang yang ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir pada ALLAH
Mana tahu yang senyum itu bersedekah pada ALLAH
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosanya
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hatinya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya
Jauhilah sikap suka bersangka-sangka ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api..... Satu benda yang kita lihat,
macam -macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung
bagaimana kita melihatnya....
" TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI ATAS BUMI INI "
No comments:
Post a Comment