Saturday 8 October 2011

MERAWAT KUDIS BUTA

Kudis buta ialah kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabies.

Perihal Sarcoptes Scabies :
Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.

Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.

Kutu scabbies boleh hidup di bawah kulit selama 30 hari dan sekali bertelur sebanyak 20,000 ekor.

Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan.

Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?


>> Tanda awal ialah miang atau kegatalan melampau ketika cuaca panas dan disusuli timbulnya bintat-bintat kecil yang berisi air.
>> Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
>> Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
>> Bintik merah seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
>> Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Kawasan yang biasa dijangkiti :
Dicelah-celah jari.

Tapak tangan.
Bahagian dalam pergelangan tangan

Kawasan-kawasan lain termasuk :
Kawasan kemaluan.

Punggung Sekitar pusat.
Celah-celah ketiak.
Siku
Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

>> Sentuhan kulit ke kulit.
>> Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Apakah rawatan untuk kudis buta?

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

Losyen Benzyl Benzoate

Krim Gamma Benzene Hexachloride
Scaboma Lotion
Losyen Malathion

Dimana ianya disapu?

Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki.
Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?

Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.


Pencegahan dari merebak kepada orang lain

Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

No comments:

Post a Comment