Sunday, 2 October 2011
Khasiat Ayat Kursi
Khasiat
Ayat Kursi Mahfum ayat: Allah, tidak ada yang benar disembah hanya
Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak
pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak
ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui
segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka.
Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali
yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak
susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan: Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan
kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu
alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulallah s.a.w
segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima
buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini
disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya
tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat,
bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi
adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan. Khasiat Ayat Kursi: 1.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah
atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah
akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah)
yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang
yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya,
hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. 2. Terdapat
keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan
membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia
akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat,
dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya
pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala
bencana dengan izin Allah s.w.t. 3. Salah seorang ulama Hindi mendengar
dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat
Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan
Rasulallah s.a.w. 4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa
membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan
pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan
akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari. 5. Sesiapa
yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur,
terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia
marah, maka akan hilang rasa marahnya. 6. Syeikh alBuni menerangkan:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf),
maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan
rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan
mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi. 8.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya
dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan
itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan. 9. Syeikh Buni menerangkan:
sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis
lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia
masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap
kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk
170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya. 10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan
bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari
semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang
mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang
dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul
Qur’an) Dan masih banyak lagi faidah ayat kursi yang begitu besar
manfaatnya .. Semoga bermanfaat dan kita bisa mngamalkannya .. aamiin
.... Subhanallah wal hamdu lillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar
.... —
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment