ORANG MUKMIN SALING MENYAYANGI LAKSANA SATU TUBUH
Dari An-Nu’man bin Basyir,
dia
mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Engkau lihat orang-orang mukmin
dalam hal saling menyayangi, saling mencintai dan saling berbelas
kasihan, adalah laksana satu tubuh, jika salah satu anggotanya
menderita, maka seluruh tubuh akan merasa susah untuk tidur dan demam.
(HR. Bukhari-Kitab Adab)
Fakta Ilmiah:
Penyelidekan-penyelidekan moden yang intensif dan berterusan telah
mengungkap fakta yang mengkagumkan mengenai interaksi antara organ-organ
tubuh manusia ketika diancam bahaya seperti kecederaan atau sakit.
Kajian juga menemui strategi dan tindakbalas fungsi yang diambil oleh
organ-organ diseluruh tubuh setiap kali apabila salah satu organ
menderita akibat cedera atau sakit, dan tindakbalas ini berbeza-beza
mengikut keadaan kecederaan.
Apabila saja jangkitan atau
kecederaan berlaku, pusat deria mula menghubungi pusat-pusat kawalan dan
pengawasan di hipotalamus. Panggilan ini merangsang pada kelenjar
pituitari untuk merembeskan hormon yang merangsang pula kepada seluruh
kelenjar endokrin untuk mengeluarkan hormon mereka, yang mendesak semua
organ tubuh untuk menyelamatkan organ tubuh yang terancam tersebut.
Oleh kerana itu, ia adalah suatu aduan yang nyata, dan panggilan yang
benar , bukannya satu metafora. Panggilan ini bererti bahawa setiap
bahagian dari tubuh menggunakan tenaga paling tinggi untuk menyelamatkan
bahagian tubuh yang terancam. Jantung, contohnya, mula berdegup lebih
cepat untuk membantu darah beredar dan mencapai organ yang terluka.
Pada masa yang sama, pembuluh darah di organ terluka akan menguncup,
sedangkan saluran darah di bahagian tubuh yang lain mengembang untuk
menghantar jumlah tenaga, oksigen, antibodi, hormon, dan asid amino yang
diperlukan ke bahagian yang terluka untuk membantu melawan jangkitan
atau kecederaan dan untuk menyembuhkannya dengan cepat.
Tubuh
mulai menjadi lemah,akibat memecah sebahagian daripada lemak dan protein
yang disimpan, bagi memberikan bantuan pada organ yang terluka. Proses
ini berterusan sehingga reda proses penyelamat iaitu di saat kecederaan
atau penyakit terkawal, dan tisu dan sel yang terkena jangkitan/cedera
dapat disembuhkan.
Panggilan dari bahagian terluka atau
dijangkiti menyerupai panggilan nyata untuk bantuan; tempat yang
tercedera mengeluarkan denyutan saraf ke pusat-pusat deria dan
pengawasan dari otak; Malah, beberapa zat kimia dilepaskan semasa
titisan pertama tumpahan darah atau ketika suatu tisu terkoyak.
Kemudian, semua organ tubuh bertindakbalas untuk memberikan bantuan
untuk organ yang tercedera/dijangkiti bersesuaian dengan keadaan
kecederaan atau penyakit.
Aspek Ketulinan Saintifik
Apa yang disebutkan dalam hadis di atas sebenarnya berlaku, kerana
semua organ tubuh memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk
menyelamatkan organ yang dijangkiti/tercedera dan umat Muslim juga harus
seperti itu: Apabila suatu daerah mengalami pencerobohan , seluruh umat
perlu menghubungi satu sama lain untuk datang memberi bantuan
kepadanya.
Anda tidak akan dapat menemukan perkataan yang lebih
tepat dari perkataan ‘Tada’a’ untuk menggambarkan kesakitan pada suatu
organ, yang didalamnya terkandung aspek linguistik, retorik, dan
ketulinan pada masa yang sama.
Nabi SAW memberitahu kepada kita
apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh manusia tanpa menggunakan
sebarang perkakasan/peralatan dan menggunakan kata-kata yang fasih dan
kalimat yang retorik.
Apa yang lebih mengkagumkan adalah
kenyataan bahawa nama yang diberikan oleh doktor kepada sistem saraf
yang berinteraksi semasa tubuh dijangkiti atau terluka adalah: saling
mencintai, kasihsayang, dan belaskasihan, yang merupakan kata-kata sama
yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadis tersebut
Maha Besar
Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar
lagi unggul, dan Allah yang membantunya dengan mukjizat dan kefasihan.
Terjemahan Artikel: THE DISTRESS CALL WITHIN THE BODY
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah
http://www.eajaz.org/
Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=3057
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan
Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
(ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan)
mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
No comments:
Post a Comment