PETUA UNTUK RESDUNG
>> Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan
mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber
wuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah
berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah
muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu
destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah
malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
>>
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi
masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan.
Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya
beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi
masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk)
kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi
beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
>> Hiris
tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji
sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke
muka anda. Amalkan selalu.
>> Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
>> Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung. Cabut Pokok
ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit
resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga
rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat
kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat
yang sama.
>> Daun pisang kelat amat berguna bagi
memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai
khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan.
Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini
selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil
rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran
pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung.
Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia
juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati
rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk
penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat
cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil
menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah
membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu
berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa
kali sehingga anda berasa lega.
No comments:
Post a Comment