Monday, 3 October 2011

5 PERKARA LEBIH BAIK DARI...

“Abdullah bin Abbas r.a mengatakan:
1) Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu, kerana hal itu merupakan perbicaraan berlebihan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan terselamat daripada dosa,

2) Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat. Sebab mungkin sekali orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya, boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan,

3) Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar dan bijaksana atau dengan orang yang berperangai buruk. Sebab orang yang sabar, tidak akan menghiraukan dirimu dan orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu,

4) Ceritakanlah saudaramu yang tidak hadir dengan apa yang engkau sendiri ingin diceritakan olehnya dan maafkanlah dia seperti yang engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya,

5) Berbuatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.”

Ada orang yang baik dan ada orang yang lebih baik;
1) Orang lelaki yang pemalu itu baik, tetapi perempuan yang pemalu adalah lebih baik.

2) Setiap orang yang bersikap adil itu baik, tetapi pemimpin yang bersikap adil adalah lebih baik.

3) Orang tua yang bertaubat itu baik, tetapi orang muda yang bertaubat adalah lebih baik.

4) Orang kaya yang suka bersedekah pada jalan Allah itu baik, tetapi orang miskin yang bersedekah pada jalan Allah adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment