TIPS2 UNTUK DIET YANG SIHAT
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu
ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi
jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini
akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita
tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan
adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan,
kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan
pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika
kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari,
dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita
akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Sebenarnya kita seharusnya makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan,
makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap
sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan
yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun,
cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk
kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan
hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau
buah-buahan.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum
minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana
minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan
malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat
untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang
sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula.
Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung
kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber
gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan,
buah-buahan, dan pelbagai lagi
No comments:
Post a Comment