Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin .
Bayi anda menangis sepanjang hari
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan
selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung
perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih
apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
Beberapa kemungkinan bayi anda
mengalami kembung perut seperti alahan terhadap laktosa, alergi susu
lembu dan ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda
menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.
Masalah bayi meragam kebiasaanya
kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa
kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan
tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling
praktikal.
Cara pertama menggunakan daun sirih
yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak
kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat,
ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu
di serang angin pasang.
Cara ke dua adalah dengan menggunakan
ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain.
Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut
adabi).Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di
kawasan yang di sebutkan tadi.
Selain itu setiap kali selepas selesai
bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain
bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat
tangan dan di bahagian belakang pinggang.Jika anda rajin melakukannya,
insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.
Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi
anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu
dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan
bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih
selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil
menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.
Bayi kita akan tidur lena jika tidak
mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan
atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.
No comments:
Post a Comment