Sunday, 2 October 2011

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH

Cara yang digalakkan ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”

Elakkan daripada tidur terlungkup atau meniarap. Begitu juga dengan bayi-bayi kecil. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas.

Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu, juga mengurangi aliran darah ke otak. Kelak ia akan membahayakan kesihatan jika berterusan untuk jangka waktu yang panjang.

>> Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
>> Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
>> Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
>> Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

>> Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
>> Hindarkan dari tidur lewat malam.
>> Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
>> Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
>> Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
>> Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

1.Tidur Para Nabi – Cara tidur para nabi adalah secara terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2.Tidur Para Ulama & Ahli Ibadah – Mereka tidur secara miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk melakukan ibadah pada sebelah malam dan waktu dinihari.
3.Tidur Para Raja Yang Haloba – Cara tidur miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4.Tidur Cara Syaitan – Tidur secara menelungkup atau tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

No comments:

Post a Comment