ALLAH MENGUJI HANYA HAMBA YANG DISAYANGINYA DAN ALLAH MENGUJI HAMBANYA MENGIKUT KEMAMPUANNYA,REDHALAH DENGAN HIKMAH DISEBALIKNYA
oleh Aiza Azie Zie pada pada 02hb Oktober 2011 pukul 5.52 ptg
Setiap
manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau
masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata
yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya
tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah
sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya
tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh
mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata
hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam
kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak
duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Rasa kehambaan
Rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap TuhanNya
iaitu rasa miskin, jahil,lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan
kesusahan, kemiskinan, kekurangan atau cercaan, seorang yang memiliki rasa
kehambaan akan nampak segalanya itu datang daripada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah At Taubah : 51
“Katakanlah (Muhammad) tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah
ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah
bertawakal orang-orang yang beriman”
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah
dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan
mengapa aku diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan
mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu.
Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.
Jika kita ‘memberontak’ hati akan bertambah kacau. Bila ditimpa ujian
kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah : 156
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya
kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”
Mengapa kita diperintahkan mengucap istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan
kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah,
kepadaNya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita adalah
hambaNya.
Rasa bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh
rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat. Bila
rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha Sempurna. Bila miskin, timbul
rasa ingin meminta pada yang Maha Kaya.
Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan adalah hasil menghayati sifat-sifat Allah
yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa kehambaan
menyebabkan kita takut, hina dan lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan
rasa berani, mulia dan kuat.
Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah
disisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi
kerana merasakan Allah akan membantunya.
Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w yang mententeramkan Saidina Abu Bakar
ketika bersembunyi di Gua Thur dengan katanya “La Tahzan Innallaha Maana – Jangan
takut sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para Nabi dan Rasul, mujadid dan mujtahid,
para mujahid dan murabbi sanggup berdepan dengan kekuatan majoriti masyarakat
yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata
mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 153
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat”
Memahami maksud takdir Allah s.w.t
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah s.w.t. Yang
mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah disamping
berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.
Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi
pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah hati. Hati yang bersifat bolak-
balik (terutama bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada
kasih sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.
Apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita, adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan
negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-
Nya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya pasti bermaksud baik. Jadi
bersangka baik kepada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 216
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu
suka tetapi ia buruk bagi kamu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak
mengetahuinya”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir tuhan sentiasa mengatasi tadbir
insan. Jangan cuba mengambil alih ‘kerja tuhan’ yakni cuba menentukan arah angin dalam
kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita yakni mengawal perlayaran hidup kita dengan
meningkatkan iman dari masa ke semasa.
Mendapat hikmah bila diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling
besar dengan satu ujian. Melalui ujian-uijan kita mendapat didikan langsung daripada Allah.
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur,
redha dan pemaaf daripada Allah? Maka dengan ujian, darjat para rasul, para nabi, siddiqin,
syuhada dan solihin ditingkatkan. Mereka sentiasa diuji dan paling gigih, sabar dan berani
menanggung ujian.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 214
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang
penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu iaitu mereka
ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan sehingga Rasul dan orang-orang
beriman bersamanya merintih, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
Bagi orang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa
mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa
sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam
keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, berkata para muqarrabin tentang hikmah ujian...
Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah
menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah
melepaskan engkau dari kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung kepada
sesuatu selain Allah.
--

No comments:
Post a Comment