Monday, 21 November 2011

Dia di hati Ku



Terlontar jauh pandangan, mengingati kisah-kisah  Anbiya’ dan para sahabat..mendesak hati ini bertanya ..dimanakah DIA dihatiku?… masih belum cukup aku bermuhasabah diri sebelum ini..jawapan masih belum ditemui..DIA masih sipi-sipi di hati..terkadang tertanya sendirian..bagaimana sikapku terhadap perintah dan laranganNya, mampukah aku melawan hawa nafsu untuk patuh terhadap segala perintahNya yang wajib walaupun dihati gundah untuk melaksanakannya… sanggupkah aku meninggalkan segala larangan-Nya yang kelihatan indah untuk dilakukan? Hati ini terasa teramat dalam untuk menjawab..seolah berada dipersimpangan..terkadang sikapku, akalku berbeza  dengan tutur kata…Aku teringat tentang kisah  seorang sufi yang diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” bererti, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih diri ini yang hina dan berdosa ini. Di hati ini masih ada dua cinta … Antara cinta Allah dan cinta manusia. Kalau difikirkan, sungguh aneh dan pelik tuan kepada seorang hamba begitu sayang dan cinta kepada hambaNya, tetapi hambaNya masih berbelah bagi rasa sayang dan cinta pada tuannya.   Bila disoalkan...adakah DIA dihati..? aku hanya mampu menjawab, “aku seorang hamba yang daif , hina lagi dina.. masih mencari cahaya cinta dari DIA..agar akan ada DIA di hati ku sentiasa . Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya sepenuh hati  tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku masih belum tenang, resah gelisah.. akan diri ini terus mencari… Yakin bahawa DIA sebenarnya dekat.. pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah diri ini ingin mendekati DIA, seribu langkah DIA merapat kepada ku. Aku yakin bila tiba saatnya..akan ada DIA di hatiku Itulah keyakinan ku…InsyaAllah~

Tarbiah Diri,
Zurina Sawal
11.20am
21-11-11 (Isnin)

No comments:

Post a Comment