Berdiri.... merenung
di kaca jendela
menyingkap kenangan
menongkat dagu
mengukir pena dengan madah
tapi..
lakaranku cuma..garis-garis panjang
tiada hujung pangkalnya.
Di ufuk barat..
mentari senja
merayap
dan hilang antara pandangan
cuma terbayang
akan keredupan wajah.
Hari-hari lalu
mencalar hidupku
membuatkan aku tersedar
siapa diriku
terkapai-kapai di celah gelora.
Malam masih muda dengan khayalan
penghuni dunia belum puas dengan siang
meskipun di antara mereka sedar
bahawa
waktu tidak diminta dan diundang
masih membiarkan ia berlalu
tanpa suatu cita unggul.
Dan..
di antara mereka itu
adalah aku!..
Hasil Pena,
CAYLEA
20101206....1.23am
di kaca jendela
menyingkap kenangan
menongkat dagu
mengukir pena dengan madah
tapi..
lakaranku cuma..garis-garis panjang
tiada hujung pangkalnya.
Di ufuk barat..
mentari senja
merayap
dan hilang antara pandangan
cuma terbayang
akan keredupan wajah.
Hari-hari lalu
mencalar hidupku
membuatkan aku tersedar
siapa diriku
terkapai-kapai di celah gelora.
Malam masih muda dengan khayalan
penghuni dunia belum puas dengan siang
meskipun di antara mereka sedar
bahawa
waktu tidak diminta dan diundang
masih membiarkan ia berlalu
tanpa suatu cita unggul.
Dan..
di antara mereka itu
adalah aku!..
Hasil Pena,
CAYLEA
20101206....1.23am
No comments:
Post a Comment