Apabila kita mendengar rungutan, luahan,
kemarahan, kesedihan dari seseorang tentang seseorang... sehabis baik
kita cuba memberi pendapat yang boleh meredakan dan kadangkala kita juga
cuba menjadi rakan yang terbaik mahupun pendengar yang terbaik..... dan
kadangkala kita juga perlu menanggung risiko dipersalahkan, sekiranya
pendapat kita bertentangan dr apa yg d harapkan kerana sesekali kita tak
boleh berkata betul berkaitan sesuatu yg tidak betul... kerana
kadangkala apa yg diluahkan mungkin juga tidak betul. Kadangkala
apabila seseorang dalam berperasaan seperti diatas luahannya adalah
berdasarkan tekanan yang dihadapi dan mungkin dia sendiri tersilap buat
andaian pada seseorang. Dan mungkin juga dia betul dalam keadaan
tekanan yang teramat sangat.
Dan kadangkala juga boleh, dan akan mempengaruhi diri pendengar
mengandaikan perkara yang sama seperti mana yang diluahkan. Kerana itu
kita sebagai pendengar perlu bijak meneliti, samada ia sekadar luahan
mahupun minta diselesaikan. Dan perlu berhati-hati meredakan.
Namun ada ketikanya pula pendengar ini akan dipandang negatif oleh
pihak satu lagi. Dan ada ketikanya si pendengar ini pula terpaksa
menyelamatkan keadaan apabila apa yang dicadangkan diterima bulat-bulat
tanpa di edit2 terlebih dahulu yang memungkinkan hal lain pula berlaku.
Begitu juga ketika kita meluahkan permasalahan kepada seseorang tidak
kisahlah dalam keadaan dan rupa yang sebagaimana, kita seharusnya
bersedia dgn segala komen, pendapat mahupun kritikan kerana setiap jari,
mulut disetiap pemikiran seseorang tidak sama. Dan kadangkala kefahaman
org terhadap sesuatu perkara juga berbeza. Justeru itu kita perlu
berfikir sehabis baik untuk menulis atau meluah pada seseorang dan yang
paling penting adalah kepada siapa kita hendak meluah bukannya kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira perlu atau tidak dan apa yang hendak
diluahkan samada penting atau tidak.
Kadangkala kita juga mungkin dianggap membosankan kerana sering
memperkatakan perkara yang remeh dan temeh setiap masa dan
mempertikaikan kelemahan orang lain setiap masa sehingga akhirnya
kelemahan sendiri yang terpapar. Jika kita mampu meluahkan maka kita
juga harus kuat dan tidak seharusnya melatah atau menyalahkan sesesiapa
seandainya setiap teguran tidak memihak kepada kita. Dan jangan sesekali
mengubah fakta apabila kita terbelit dengan luahan yang kita buat
berkaitan seseorang demi untuk menjaga hati orang yang kita perihalkan
tadi. Kerana ini akan mengelirukan orang yang memberi pendapat dan akan
menampakkan orang2 yang memberikan pendapat ini pulak dikategorikan
salah membuat andaian dan merumitkan lagi keadaan sedangkan bukan ada
sesiapa yang memaksa untuk kita berbuat demikian.
Kesimpulannya dalam situasi mana sekalipun kita, kita sendiri perlu
berhati-hati dalam menjadi pendengar dan memberi berpendapat. Dan jgn
lupa kita juga juga harus bersedia menerima segala kritikan, komen dan
pendapat kerana kita sendiri yang membuka permasalahan untuk dianalisa
oleh orang lain...
No comments:
Post a Comment