Monday, 21 November 2011

♥ ♥ CINTA ITU DI HATI ♥ ♥

Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yg di hati
Itulah cinta hakiki dan murni
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yg melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan
Bagai bunga yg mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tidak bernoktah

Betapa derita korban percintaan
Bila nafsu menjadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak akan gelisah
Jauh terhubung rindu
Dekat terikat padu.
rita karim

No comments:

Post a Comment