Permulaan hidup ini..
Hidup ini kita bermula
dari merangkak, berjalan dan berlari
ada kala perlu juga berundur dan berhenti
jatuh dan bangun berkali-kali
tercalar, berdarah dan berparut
namun akal menjadi tunjang dalam diri
berfikir untuk menentukan pilihan
kerana tiada ketetapan dalam akal
kerana itu ia sering hilang dan terlupa
..jika hidup ini mudah
..pasti diri tidak lagi berfungsi
walaupun ada kala
pandangan mata boleh tertipu
dek warna, bentuk dan rupa..
walaupun ada ketika nafsu beraja
dek rakus, tamak dan cemburu..
itulah namanya MANUSIA
kesilapan itu ilmu bagi yang mahu mengerti
dan pengalaman mengajar erti kedewasaan
jika paksi jiwa kuat dan jitu rukunnya
tak semudah itu tergoyah imannya
tak semudah itu tertunduk batinnya
yang terzahir mungkin tidak sama di hatinya
jangan mudah menilai..
jangan mudah menghukum..
kerna kita bukan sesiapa di sini......
Lukisan Hati,
~isabella ali 2011
No comments:
Post a Comment