baru kini kau sedari,
aku bukan lagi ada disisi,
kau pandang kanan dan kau pandang kiri,
rupanya kau kini sendiri.
aku pergi membawa hati,
hati yang kurang dihargai,
aku sendirian merawat hati,
hatiku dulu yang kau curi..
aku yang sentiasa ada,kau pandang sepi,
cuba tanya berapa kali,
aku kau hubungi,
mungkin kau fikir aku akan setia menanti,
tapi rupanya sekaranag baru kau sedari..
yang aku tiada lagi di sisi..
benarkah aku yang kau rindui,
banarkah aku yang kau sayangi,
jujurlah pada hatimu sendiri,
aku sedang melangkah pergi,
tiada usahamu menarik kukembali...
aku penat jauh berlari,
merawat hati yang berparut kini,
kadang kala berdarah kembali,
air mata menitis ,amat laju sekali,
terkena luka itu,terasa pedih sekali,..
cinta ini tak pernah kusesali,
kerana cintaku padamu setulus hati,
tapi kau bukan saja tak hargai,
kerana itu, aku berlalu pergi..
buat dirimu yang masih mencari,
doaku untukmu tak pernah sepi,
agar dirimu sentiasa dirahmati.
sentiasa di bawah rimbunan Ilahi,
moga kau dapat apa yang kau cari..
moga kau dapat apa yang kau cari...
Nurul Ain Lim
No comments:
Post a Comment