merebahkan diri di padangan muhasabah
berbaring di tepian rindu
aku kah yg hilang didunia yg berpurnama
lalu bersimpuh di lereng keinsafan
meminta bulan melorekkan sedikit cahaya
di celahan kasih
Tuhan ku tidak rela
sukma ku hilang arah
maka ku paut rindu pada Mu
kerana ada tenang bila bersamaMu...
salwa ahmad 16/6/2011
No comments:
Post a Comment