Sunday, 20 November 2011

KASIH..

Kasih,

Biarkan aku terlena sebentar
Sementara menunggu hujan reda
Pesanku,
Jangan nakal-nakal ketika mataku terpejam
Jangan bermain api sementara mataku terlelap
Jangan kejutkan aku selagi kuterbuai mimpi

Kerna,
Ku kan mengheretmu ke dasar lenaku
Bercanda di maya cinta
Kau dan aku pun bersatu di bawah satu janji
Dan aku tewas
Ketika nafasku dan nafasmu bercumbu
Lemas terkulai dibirai angan..

Kasih,

Sambutlah tanganku
Bangkitlah aku dari ketiduran yang panjang
Bawalah aku jauh
Jauh dari kekusutan yang sukar

Bisikkanlah di pelipis ini kasih
Andai dikau sayang padaku
Janjilah denganku sayang
Bahawa tiada insan lain dihatimu
Hanya aku di singgahsana hatimu

Tengku Raknemas
20/11/2011

No comments:

Post a Comment