~ Pesanan Buat Suami...
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri
anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand
sex sekiranya isteri anda tidak sihat...sebaliknya berikan perhatian yg
lebih dari hari biasa. Sanggupkah anda nak bersama jika isteri dah
terkulai lemah sebab tidak sihat?
5. Kalau pasangan sudah ada
anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri
sedang makan disuruh cebok kencing & berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja lawak.
6. Jangan
sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri
bila kami tidak cukup tangan hendak menguruskan rumahtangga sedangkan
suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan
sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau hendak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi
maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri
dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? :D
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri. Jangan sekali mencaci mereka walaupun niat nak bergurau ke ape ke...
12. Jangan kedekut dengan isteri untuk memberi wang belanja keperluan rumahtangga, dan beri ikut kemampuan anda.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tidak hendak minta pertolongan, selagi itulah dia
rela hendak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor.
Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi,
buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun
sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah SWT berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main
lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik hendak menengking aja. Kalau awak sakit hendak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran
sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tidak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri
dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami
masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami
masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk
neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA, dan tapi kalau isteri
masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan
ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa
yang isteri tidak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno aje
kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta
maaf cepat2, kalau perlu dipujuk, pujuk cepat2. Hati orang pompuan ni
sensitif. Kalau isteri rasa suami tidak ambil kisah, perasaan bagai
dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng
sahaja.
..semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment