Sunday, 20 November 2011

Takdir Cinta Kita

Sudah ditakdirkan
Begini rupa bentuk ceritera cinta kita
Yang terbina di atas dasar kekhilafan emosi
Yang sering dilanda sengketa
Sukar untukku mengerti

Berkali-kali aku membaca
Sinopsis cintamu
Masih samar
Berbalam di sebalik tabir raguku

Aku tidak bisa menelanjangi egoismu
Yang sekian lama menyarungi tubuhmu
Maafkan aku
Andai suatu hari nanti
Kita tidak dapat lagi bersama
Kerana waktu itu
Aku telah pergi jauh
Jauh ke teluk rajukku
Yang tidak mungkin
Kau jejaki ku lagi
Selamat tinggal cinta
Selamat tinggal rindu...

Tengku Raknemas
18/11/2011

No comments:

Post a Comment