Wednesday, 23 November 2011

WARKAH UNTUK IBU AYAH

Ibu dan ayah..
Kerana buah cintamu..
Dapat aku mengenal dunia..
dengan segala indah
dan beraneka cerita kisah..

Aku teguh membesar..
dengan air tanganmu ibu..
Aku berdiri gagah...
dengan keringatmu ayah

Aku dewasa dengan leter ibu..
Aku matang dalam tegur ayah..
Aku kalah dengan airmata ibu..
Aku berserah oleh tenang wajah ayah..

Setiap tetes darah..
Setiap jejak dan langkah..
Setiap jaya yang kutempah..
Setiap reti akan ibadah..
Adalah juga keranamu...

Lantas yang bagaimanakah lagi insan ??
Harus menerima setinggi sanjungan..
Wajar mendapat jutaan perhargaan..
Pengorbanan tanpa bayaran..
Khidmat tanpa paksaan..
Untukku mampu berharapan dan memasang impian..
Pada sebuah masa depan......

Kini setelah kehilangan..
Aku disergap kesunyian yang berpanjangan..
Aku dihimpit kerinduan yang maha dalam..
Pada jemari yang membelai..
Pada lengan yang kugapai..
Saat sedih mendatang..
Saat kecewa bertandang..

Ibu...
Aku rindu riuh letermu..
Ayah..
Aku damba lembut pesanmu..
Saat meniti batas waktu..
Terkadang simpangnya membuat aku keliru...

Jenguklah aku walau dalam mimpi..
Tulus Al-fatihah daripada anakmu.,

Yang segar kerana air susumu..
Yang bugar dengan titis keringatmu.....

(Nurmanismailalinsani)
Anakmu ayah ibu..,,

No comments:

Post a Comment