Saturday, 19 November 2011

~RUMPUNAN POHON KASIHKU~

Serumpun kasih ku ungkapkan buatmu sayangku
setiap saat wajahmu sering bermain dimataku
setiap waktu kau bertamu dalam kamar hatiku
disetiap denyutan nadiku hanyalah engkau yang aku rindu

Ku ingin bersama denganmu disetiap waktu
sepanjang hayatku hingga ke hujung nyawaku
dan ku temani dirimu sampai kepenghujung usiaku
kerana itu janjiku padamu dan ku sisip kemas dalam memoriku

Kerana kasih dan sayang aku padamu kan ku kotakan janjiku
marilah kita bajai benih kasih sayang yang telah kita semai itu
agar benihnya subur mekar membesar disetiap waktu
menjadi dahan cinta dan berbuah kasih dambaan jiwaku

Andai telah ditakdirkan biarlah ianya dipenuhi ketulusan
dihiasi dedaun kejujuran dan berbuah kesetiaan
dikukuhkan akar keredhaan dan direndangkan ranting ketakwaan
didalam rimbunan kasih berpanjangan dan berkekalan

Andai ianya telah terpatri janganlah dimungkiri
telah acapkali hatiku disakiti dan pilunya masih kurasai
terima kasih sayang kerana hadirmu disisi mewarnai kembali
dan menerima insan kerdil ini didalam gobok hatimu yang suci..

Hasil gabungan usahasama bersama
Sazalee Sulaiman, Ila Adila & Isma Insan Kerdil.

No comments:

Post a Comment