Monday, 21 November 2011

Petang itu dia datang ke rumah ku mmbawa pd ku sekuntum mawar merah dan sekotak coklat
berbentuk hati.Dengan lirikan senyuman dia menghulurkan kepada ku. Aku tertanya-tanya makna
apakah ini.Baru dua minggu kenalan kenapa ada mawar merah dan coklat ini hati ku bertanya sendiri.
Tanpa banyak soal ku terima hadiah itu. Ketika hadiah beralih tangan terasa kehangatan
tangan nya mnyentuh kulit ku. Aku tersentak dan dia tersenyum.
Mungkin gembira kerana dapat menyentuh aku.
bersambung.....

Sejenak mata nya merenung kedalam mataku. Ada getaran terbit di hati ku, debaran
yg tidak menentu tidak berentak. Aku tidak dapat menafsir getaran apakah itu kerana rasa
seperti ini tidak pernah menyentuh naluri wanita ku. Bibir ku bagai terkunci kaku dan beku.

Dia seorang lelaki, yang pertama membuat aku berperasaan begini. Sirajuddin nama
empunya tubuh. Liuk lentok bicara tersusun rapi. Gaya yang bisa meruntuh hati setiap wanita yg
mendekatinya. Semua wanita ingin mendekati nya tapi aku adalah yang terpilih tanpa dipinta.
Terima kasih ucapan dari hati kecil ku.
bersambung....

MALAM ITU
Malam itu dia datang lagi. Ketika itu aku sedang mngukur kelapa di dapur utk di buat inti
kuih ketayap buat sarapan esok hari. Sayup-sayup terdengar salam dari luar pintu rumah. Aku
tersentak. Bagai ku kenal suara itu. "Takkan dia datang lagi malam-malam begini" getus hati ku.
Berdebar-debar rasa dada kerana hari telah larut malam dah menghampiri pagi. Kuberani kan diri
menjawab salam dan membuka daun pintu. Dia merenung kepada aku. Tiba2 dia bagaikan harimau
mahu menyerang mangsa. Aku terkaku. Dia menolak aku kedalam rumah dan menutup daun pintu
dengan kuat. Aku amat terkejut sekali. Mengapa dan kenapa boleh jadi begini. Suka pun ada
hahaha. Tak pernah terjadi begini dalam hidup ku. Ish3.
Sirajuddin yg lemah gemalai pd siang hari telah bertukar watak. Perasaan takut dan suka
bercampurbaur. Dia menolak aku kedinding. Tiba2 wajah nya bertukar menjadi singa. Eh3.. Kenapa
begini kenapa begini. Eeeee takut nya. Aku meronta2 kemana Sirajuddin ku. Aku meronta2 untuk
melepaskan diri. Tiada siapa dapat menolong aku ketika ini. Aku berusaha utk melepaskan diri.
Tiba2 aku terlepas dari pegangan nya dan berdebuk ke lantai. Tiba2 terdengar suara orang dari luar
rumah. "Umi, umi, umi" suara anak ku rupa nya. "Kenapa umi tidor kat atas lantai, kan tadi umi
kat atas katil" tnya nya lagi. "Umi rasa panas, kat bawah ni sejuk sikit" kata ku mnyembunyikan
perkara sebenar. Rupa2 nya aku bermimpi. Hahahah sirajuddin tidak pernah ujud dalam diari
hidup ku ... Ish3 ... Alangkah indah dan takut nya mimpi.

Di sini kasih tertumpah tu gimik jer.. SEHINGGA BERJUMPA LAGI.

THE END.

salwa ahmad 21/4/2011



No comments:

Post a Comment