Monday, 21 November 2011

WAJAH MU DI MANA-MANA

  Hujan renyai2. Suasana dingin bagai menusuk ke tulang. Sesekali terdengar rembesan hujan
menepis dinding rumah.  Terasa malas dihati utk bangun. Kutarik sehelai toto lagi selimut kan
kaki. Seperti ingin beku kakiku. Sebentar teringat tugasan yg rutin terpaksa ku hadapi setiap
hari. Perlahan2 ku selak toto lalu melipat semula letakkan di tempat ku ambil tadi.

   Ku capai tuala yg tersidai di ampaian tuala di tepi bilik air. Mulut terkuap2 terasa masih sayang
meninggalkan tempat tidur. Berat rasa kaki utk masuk kebilik air. Aduhai pasti dingin itu meresap
ke seluruh tubuh mmbuat kan bulu  roma pasti berdiri melayan kedinginan.Biar kaki berat melangkah
ku gagahi jua. Dibilik air ku cuci muka menggosok gigi dan menjalani rutin di bilik air.

   Seperti biasa sambil bersiap aku menjerang air utk mmbuat minuman kesihatan ku setiap pagi.
Sepaket ssu kmbing dan sepaket kopi spirulina keluaran hr marketing cukup mmberikan aku tenaga
sehingga makan tengahari.

   Hari itu aku bercadang utk transfer duit kepada kakak ku.  Kedinginan melemahkan langkah ku.
Tiba2 terasa seperti ada seseorang memerhatikan aku.  Ku pandang ke balik cermin itu. Benar!!!
Ia merenong aku.  Renungan yg menusuk menikam kalbu.  Benar kah dia itu.  Hati ku seperti
tidak tentu arah.  Telah lama aku mencari nya.  Sesekali aku menundukkan pandangan bimbang
ada insan lain yg perasan keghairahan ku kepada kesuma hati ku.
bersambung.

   Hujan masih belom teduh.  Aku masih disini mencuri pandang ke balik kaca.  Kerlingan mu sngt
mengujakan.  Ingin rasa hati ini membelaimu ketika ini jua ttpi bak kata orang tua2 ingin ku pelok
tangan tak sampai.  Namun kasih ku pada mu tidak pernah ada kurang nya. " Kenapa kerlingan mu
begitu sayang. Percaya lah pada kesetiaan ku. Jangan sekali-kali kau ragukan."aku berbisik dari
balik kaca.

   Puisi cinta ku untuk mu sering berbait rindu.  Sayang, telah ku lorek awan gemawan menjadi
lukisan kasih kita berdua.  Benarkan unggas berlagu menyambut cinta kita.  Andai bisa ku petik
bintang di langit akan ku selitkan di dada mu biar ia meLANTUNkan percikan CAHAYA mnyilau mata
mereka yg cemburu akan cinta kita.  Ku pegang erat LEHER mu. Ku usap seluruh TUBUH mu. Telah ku
cipta lagu mengalun dalam rindu di sudut malam. Aduhai bagaimana lah lagi ingin ku sampaikan sayang.
Namun ku pasti kita akan bersama jua.  Sabar lah sayang aku akan datang jua menjemput mu.
   Langkah demi langkah tidak ku biar tersandung agar kita dapat jua bersama.  Kita akan
meNGAUM jua di tepianBATU-BATUAN kerana itu lah janji kita.

   Tidak habis lagi rasa nya suara hati ku untuk mu namun izinkan aku berehat sebentar.  Berehat
sebentar bersama KIT KAT.. Hehehe.   Menyambung tugasan yg tertinggal ketika aku bertemu mu
disini.Lagu ku untuk mu tidak pernah berhenti. HANYA UNTU MU  sayangggggggggggg....
bersambung.

   Sayang.  Petang itu aku mmbiarkan jelingan mu terus menghantuiku.  Walaupun sekian
lama ku merindui mu namun tetap ku simpan jua.  Andai aku memiliki mu ketika ini banyak cabaran
mendatang.  Sekali aku memiliki mu biar lah kau kekal bersama ku.  Tidak aku ingin mereka merebut
mu dari ku.  Jangan lah kau berkecil hati kerana kasih dan sayang ku kepada mu kekal segar
selagi nafas ku beralun dan nadiku berdenyut selagi ada waktu selagi ada rindu kata pak long.
Biarlah TAQDIR PENENTU SEGALA. Andai jodoh kita tidak kemana.

    Ketika ini aku masih terus berusaha agar kau bisa dalam pelukan ku.  Jangan lah kau bimbang
kerana aku pasti menjemput mu.  Kira nya kita dapat bersama akan ku belai selayak nya seperti
rama dan sita, juli dan romi, laila dan majnun.  Tidak ku benar kan sesiapa mencederakan mu.
Ku usap tubuh mu dengan syampoo dan air.  Ku genggam erat leher mu dan ku kalongkan renda
kasihku.  Mata mu berkelip2 merenung ku akan ku titiskan eye mo. Sabar lah sayang kerana wajah
mu dimana-manaa di kelopak hati ku.  Kisah kita berdua biar kan menjadi pencetus DUA INSAN
BERCINTA.  WAJAH MU DIMANA-MANA sayang.  Hari ini ruangan ini ku tinggalkan lagi kau disitu
Kubiarkan renungan itu mengekoriku. Biar pun ku tahu kau sedih ku biar kan disitu.Kerana aku
pasti kita kalau jodoh tidak kemana. Takan lari gunung di kejar.
Mercedes mata belalang ku.

SEKIAN. TAMMAT.
sehingga berjumpa dengan kisah yg lain pula..
JANGAN MARAH SAYANGGGG....

No comments:

Post a Comment