Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik
itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga
sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu
adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah
cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap
dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si
cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur
kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi
masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya.
Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan
paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh
dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras
menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si
cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di
pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan
hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai
pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si
cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si
cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang
mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah
cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah
mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana
rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri
hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan
kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud
segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya
kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian
terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata.
Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil
hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping
selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
sumber : iluvislam
No comments:
Post a Comment