Sakit Pinggang
Pengenalan
Bila
seseorang datang ke klinik mengadu sakit pinggang biasanya dia merujuk
kepada sakit atau rasa tidak selesa di kawasan bawah belakang sehingga
tulang punggung.
Sakit pinggang tidak bermakna
sakit buah pinggang (kidney). Buah pinggang tidak terletak di bahagian
pinggang. Ia terletak lebih atas dari kawasan pinggang dan ia
diselindungi dan dilindungi oleh tulang rusuk bahagian belakang.
Mungkin
anda cuma sakit urat belakang sahaja. Terdapat banyak urat di bahagian
belakang dan pinggang seperti gambarajah di bawah.
Apabila
seseorang itu menggunakan urat belakang terlalu lama atau agresif atau
kedudukan badan (posture) yang tidak betul, ia boleh menyebabkan otot
tersebut akan kejang dan sakit. Keadaan ini membuatkan ramai orang
menyangka sakit ini adalah dari sakit buah pinggang (kidney) sebaliknya
ia hanya sakit dan tegang urat belakang sahaja.
Bagaimana cara untuk mengenalpasti sakit tersebut hanya dari urat belakang dan tidak dari buah pinggang.
- Biasanya sakit urat belakang bermula setelah berlaku atau melakukan sesuatu kegiatan yang melibatkan bahagian belakang sebelumnya. Ini seperti terjatuh, bermain aktiviti sukan yang telah lama ditinggal, mengangkat berat, melakukan tunduk dan bangun berkali-kali, duduk di kerusi atau berdiri terlalu lama, memandu kenderaan terlalu lama, demam atau batuk yang berpanjangan.
- Sakit belakang bertambah sekiranya pergerakan belakang dibuat. Sebaliknya jika tiada pergerakan sakitnya kurang atau tiada.
- Tiada tanda-tanda sakit buah pinggang seperti bengkak kaki dan muka, masalah kencing yang terlalu banyak atau terlalu sikit, kencing berdarah, tekanan darah meninggi dengan mendadak, intensitinya sama samada bergerak atau diam diri (melainkan jangkitan kuman di buah pinggang, tetapi ia mesti berserta dengan demam panas), demam, muntah, sakit kepala dan pening. Biasanya simptom-simptom ini datang perlahan-lahan melainkan batu karang di saluran kencing atau buah pinggang.
- Mengurut, ubat penahan sakit dan ubat tegang otot boleh melegakan atau menghilangkan sakit belakang tetapi tidak jika sakit buah pinggang.
- Pemereksaan darah dan air kencing adalah normal.
Sakit buah pinggang yang boleh terjadi dengan tiba-tiba, tanpa demam, tanpa bengkak kaki atau muka hanya batu karang
sahaja. Itu pun tak semestinya batu karang tersebut merosakkan buah
pinggang. Sakit buah pinggang yang lain biasanya datang dengan
perlahan-lahan bersertakan dengan simptom-simptom yang lain.
Jenuh nak cari rawatan Sakit Pinggang
ReplyDelete