Monday, 21 November 2011

Landasan 2

meniti perjalanan nan pedih
ilmu yg paling mahal dlm pencarian ini
semalam adalah egois yg mencabar
melambung kebahagiaan yg terbina
begitu ku dengar kisah mu
disitu terasa aku patut lebih syukur
kebahagiaan mu telah berkecai
diratah kekayaan
kerana kamu adalah insan serba kurang.

aduhai aku disini hanya bisa menyuntik
sedikit semngat andai bisa menjentik
kegagalan mu nan semalam yg melebor jiwa
bangun lah sahabat
kita bersama membina impian
satu dan jitu
selamat berjaya utk diri mu dan diriku
tiada apa dapat ku kata andai kita
hanya watak di persinggahan ini
yg punya impian.. cita dan cinta..

biar kan semalam
bina lah hari ini
esok nan gemilang pasti menanti
andai ada kemahuan pasti ada jalan
ayuh kita bangun kan semula
semalam yg tumbang
hnya bila yg tumbang telah berdiri megah
jgn pula kita lupa disitu bumi di pijak
 disitu langit dijunjung
jgn terlalu mendongak langit yg tinggi
kerana bumi yg kita pijak itu lah kenyataan.

SELAMAT BERJAYA.

No comments:

Post a Comment