Wednesday, 2 November 2011

AKU PERNAH MERASA

Aku pernah merasa
di alam remaja penuh dengan derita
airmata menjadi teman setia
takkala melihat kemiskinan keluarga

Aku pernah merasa
ke sekolah hanya berbekal dengan buku
tanpa duit perbelanjaanku
tika waktu rehat aku bersahaja
jika dahaga air paip menjadi minumanku

Aku pernah merasa
sepinggan nasi berlaukkan sambal lada hitam
dan segelas air kosong
tika aku sedang mengadapnya
ibuku berlarian ke beranda
menetes air mata
melihat nasib si anak sanggup terima
makan apa sahaja tanpa kata-kata

Aku pernah merasa
sulitnya mau ke sekolah
berhujan berpanas sanggup kuredah
berjalan dengan lutut
hingga bengkak-bengkak
sakitnya usahlah hendak dikata
kekadang lututku bengkak silih berganti
kesan-kesan parut masih ada sampai kini

 
oleh Isma Insan Kerdil
01hb November 2011
6.09 ptg

No comments:

Post a Comment