Saturday 5 November 2011

JANGAN MENANGIS SAYANG

Jika kamu menangis kerana lelaki
Berhentilah dan cubalah fikir kembali

Adakah sebenarnya dia yang kamu cari atau cintanya
Adakah yang betul-betul bertapak dihatimu cinta sejati
Atau hanya kerana dia keluarkan kata-kata manis
Ketahuilah ! Benda manis pun ada tarikh luputnya
Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh memimpin dirimu nanti
Boleh pandu bahtera mahligai keluargamu ke arah redha Ilahi
Boleh menyayangi kamu sepenuh hati
dan terima seadanya kekurangan dan cacat cela kamu

Kesatlah air mata itu
Sesungguhnya
harga dirimu itu lebih penting
Sesungguhnya
harga air mata itu lebih bernilai
lebih berharga jika dibazikan untuk seorang lelaki

Bersabarlah sayang
Berhentilah menangis
Berhentilah berharap pada sesuatu yang tidak pasti
dan yakinlah dengan janji-janji  Allah Yang Maha Benar
“Orang baik adalah untuk orang yang baik-baik”
Dan dirimu layak untuk orang lebih sayangkan kamu.


No comments:

Post a Comment