Wednesday, 9 November 2011

Khas buat U

detik kau meninggalkan aku
tanpa bicara dan noktah
terasa nadiku terhenti seketika
terasa nafas ku tersekat
berhari-hari aku memujuk hati
berhari-hari aku mencari jawapan
mengapa aku diperlakukan sebegini rupa
apa salah dan dosaku
sehingga kau tinggalkan aku sendirian
tak pernah sedetik aku melupakanmu
dalam doaku ada kamu
dalam nafas ku ada kasih
dalam aliran darahku ada sayang
kerna kau satu-satunya sahabat ...teman...kawan...
yang aku sayang sehingga kini
tak mungkin aku melupakanmu
kerna kau adalah harapan aku
kerna kau adalah semangat kasih ku
kerna namamu kekal dihatiku
maafkan aku .....
andainya aku tidak dapat melupakanmu
sehingga kini..
sekali kasihku terlafaz akan kugenggam
sehingga nafas ku terhenti ....

Buat seorang teman yang aku sayangi.....

No comments:

Post a Comment