Tuesday, 1 November 2011

PETUA KURUSKAN BADAN DAN KEKAL LANGSING

Pada zaman ini, terdapat banyak jenis makanan yang membawa kepada kegemukan jika tidak dikawal dengan baik atau makan secara berlebihan. Makanan yang diproses seperti makanan di dalam botol dan tin, dan juga makanan segera yang ada di pasaran hampir kesemuanya mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti.


Bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan atau ingin mengekalkan kelangsingan badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting perlu ada disiplin diri untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan separuh jalan. Selain itu, senaman harian dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah cara terbaik untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Caranya ialah mengubah cara gaya pemakanan biasa kepada satu kaedah yang baru iaitu :
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau minum air sahaja.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu sebelum jam 7.00 malam atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit sekadar mengalas perut.

5. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Insyaallah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.



No comments:

Post a Comment