Petua 1 :
Ambil
beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk
berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat
yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
Petua 2:
Ambil
secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda.
Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut
meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan
anda
Petua 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.
Petua 4:
Ambil
sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa
mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada
sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak adn
tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan
berkurangan.
Petua 5:
Ambil
dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja
makan atau di tempat meletak hidangan. InsyaAllah lalat tidak akan
mengerumuni hidangan anda.
No comments:
Post a Comment