TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
- Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
- Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
- Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
- Mimpi yang sangat menyeramkan.
- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
- Berperasaan sedih pada saat tidur.
- Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
- Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
- Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
- Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
- Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
- Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
- Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
- Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
- Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
- Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
- Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
- Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
- Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
- Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
- Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang
terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa
nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia.
Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta
mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula
ulama’ yang membicarakannya.
Berlakunya
perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh
kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka
bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi
mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia
tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada
yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak
patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan
manusia yang bodoh.
Jika
keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan
perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini
haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa
perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan
seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa
pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus
kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada
mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui
dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum.
Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka
mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai
hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka,
mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi
tempat tinggal manusia.
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin
adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang
bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari
bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )Dalam
hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan
hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika
jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak,
melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia
sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang
cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
bahawa mereka berada di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
- Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
- Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong. - Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
- Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
- Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
- Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
- Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
- Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
- Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
- Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan
No comments:
Post a Comment