Aku dan kalian
mungkin sedar
kita...penagih tegar.
Tiada akta
boleh mensabitkan kita bersalah
untuk diheret ke mahkamah
kerana, kita bukan ketagihan dadah
kita kecanduan buku muka
saban waktu dilambai puaka maya
ribuan jemari mengamit mesra
mengeletik sukma aneka rasa.
Dilaman Variasi
kita gian berpuisi.
Namun...imbangilah
kewajipan,amanah, ibadah dan maruah
utamakan yang patut di dahulukan
dahulukan pertanggongjawaban.
~msa:18,12,2011. sk443
No comments:
Post a Comment